# Day 17 - how you hope your future will be like
Pada masa hadapan, saya harap saya seorang wanita yang bekerjaya serta berdedikasi terhadap kerjaya dan keluarga.
Saya mahu ada seorang suami yang penyayang, dan berkaliber menjadi seorang ketua keluarga yang baik. Beliau juga haruslah seorang yang mampu menolong saya, untuk menolong beliau ke syurga.
Yang paling utama, saya minta dengan Allah untuk mengurniakan saya zuriat yang akan mendoakan saya apabila saya hilang dari muka bumi.
Selain daripada itu, saya juga berharap, dengan masa, agar saya sentiasa berubah kepada yang lebih baik setiap hari.
Saya harap, saya akan menjadi seorang anak yang jauh lebih baik dari hari ini.
Saya harap, saya seorang kawan yang disenangi serta kurang menyakiti kawan-kawan saya bermula dari hari ini.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan masa depan yang saya idamkan, haruslah saya ubah masa hadapan saya dengan merubah diri saya terlebih dahulu, kemudian menjadi hamba-Nya yang taat kepada agama dan ibubapa.
Dan menjadi seorang kawan yang baik.
Nota untuk kawan-kawan serta adik-beradik, maafkanlah saya Hambiah Liyana Hamzah, seorang yang banyak cela ni, saya tahu saya selalu mengguris, mencalar, menikam perasaan anda semua. (wah ayat xbleh blah, haha)
Seperti maksud nama Hambiah Liyana, iaitu hamba yang lemah lembut dan bersopan santun,
bantulah saya menjadi seorang yang sopan bahasanya, lembut tuturnya, serta baik pekertinya.
Juga seperti maksud nama timangan "Elly", yang bermaksud cahaya Matahari, atau cahaya yang bersinar, bantulah saya menjadi seorang yang mampu bersinar serta menyinari kehidupan orang disekeliling saya.
Bukan sekadar sinaran lampu yang malap, tetapi lebih dari itu.
Bantulah saya untuk menjadi seorang insan, bukan sekadar manusia. insyaAllah.sekian terima kasih.


Comments
Post a Comment