Fakta tentang manusia

Kalau kau kaki buli, tapi kau suka bersedekah. orang tetap akan nampak kau sebagai kaki buli.

Kalau kau orang panggil pemalas, tak kira berapa juta kerja kau buat, orang tetap akan panggil kau pemalas.

Kalau kau pernah study oversea dulu, tapi kau give up dan balik sambung study dekat negara kau sendiri. Tak kira betapa tinggi pointer kau dapat untuk buktikan diri kau sendiri, orang tetap akan nampak kau loser. ataupun si busuk.

Fakta tentang manusia :
Tamak. Mereka tak akan pernah nampak kebaikan pada orang lain bila sekali orang tu dah screw up. Kalau sekali dah tak suka, susah untuk jadi suka walaupun orang yang tak disukai tu sedang berubah.

Jadi satu benda yang aku selalu pesan dekat diri sendiri. Kalau nak buat sesuatu, jangan kerana manusia.

Kalau kau ni perengus, kaki buli, panas baran, pemalas atau apa-apa yang seangkatan dengannya dan kau 
nak berubah, jangan sesekali kau buat kerana manusia.

Kalau kau nak buat sebab harapkan penghargaan manusia, hati kau akan berkecai kecewa yang akhirnya akan buat kau lagi jauh terpesong.

Sebab satu fakta tentang manusia yang tak mungkin salah:

Mereka tak akan pernah puas menikmati kebaikan dan kelebihan manusia lain. Aku, kau, dia dan mereka. Sama je.
Hanya SATU di mana penghargaanNya, kau tak akan pernah kecewa. Sounds like a great deal? *smirking*

Comments

Popular Posts