another note to self : MATI

"Tidak ada satu umat pun dapat menyegerakan ajalnya, dan tidak pula menangguhkannya" (23:43)

Saya selalu bayangkan mati tu macam final exam.
Akhirat tu pulak proses penghisaban markah.
Syurga neraka macam result.
And hidup ni pulak, ibarat persediaan and usaha utk ambik exam tu.

mati = final exam
akhirat = tanda kertas
syurga dan neraka = result
hidup = usaha study rajin2

Macam mana lah agaknya keadaan kita bila kita nak final exam? Mesti lah struggle macam orang gila stay up sampai pagi minum redbull la apa la semata untuk pastikan kita boleh jawab exam dengan cemerlang. Target setiap subject kena A jugak. Mesti kite akan pastikan yang kita dah usaha sungguh-sungguh dengan teknik and strategi belajar yang sesuai dan berkesan untuk kita. hafal gila-gila, hadam subjek tu kalau boleh setiap perkataan.

tu la kita kalau nak final exam

Tapi untuk mati, usaha kita macam mana pulak? Macam mana kita tak boleh deny yang final exam tu tetap akan tiba jugak di tarikh yang ditetapkan, macam tu lah jugak kite tak boleh nak deny mati tu pasti akan tiba. Mati tu pasti, and masa ia tetap. Bezanya cuma kita yang tak tahu bila.


  1. Ada orang, tak hairan langsung pasal exam ni. Lantak la result dia apa pun. Asalkan boleh enjoy. Boleh main game tak payah baca buku pun takpe. Sebab rasa diri pandai, genius tak payah berusaha. Boleh ke kita nak dapat result yang gempak-gempak tanpa usaha? Mustahil kan? Kecuali kalau bawak toyol boleh la. Tapi malangnya, dalam final exam yang sebenar, tak mungkin kita boleh menipu bawak amalan2 palsu yang bukan kita buat. Tak mungkin bila kita 24 jam sehari dari kita lahir sampai mati usaha kita semua dah di observed oleh malaikat Raqib dan Atid. Semuaya dicatat walau sekecil-kecil amal, sekecil-kecil kesalahan. Kita kena ingat, bulan takkan jatuh ke riba, tak mungkin ada jalan shortcut untuk berjaya dalam apa pun yang kita buat. Allah sendiri dah state dalam Quran.


    "..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ..." (13:11)


  2. Kadang ada orang kalau final exam, duk deny tak nak terima kenyataan exam nak dekat, tak study, main-main, bermalas-malasan, akhirnya study last minute. Agaknya result kita macam mana? Memuaskan ke? Kalau nasib baik sekalipun, mesti kita tahu, usaha tak setimpal. Tapi tu exam yang kita tahu bila; exam yang boleh lagi nak kejar study last minute. Exam yang real ni which is mati, kita tak mungkin tahu bila, entah-entah dah esok lusa. Tapi hari ni kita macam mana? Boleh ke agak-agak nak kumpul amal banyak-banyak last minute dalam keadaan tak tahu bila nak mati? Cukup ke? Bezanya dengan final exam atas kertas cuma, Allah tu Maha pengampun, Maha penyayang. lambat macam mana pon, asalkan kita betul bersungguh bertaubat, Allah mesti mesti mesti terima taubat dan amal kita. sayangnya Allah kat kita kan.

    "katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha pengampun, Maha Penyayang" (39:53)

  3. Ada orang pulak, dari awal kelas start lagi dia dah buat persediaan tu. Buat nota, ulangkaji tiap-tiap hari, sebelum exam dia akan pastikan dia ulang apa yang dia kene hafal tu sekurang-kurangnya tiga empat kali. Result dia, masyaAllah, memang sesuai la dengan usaha dia. Sama lah orang yang sungguh-sungguh prepare untuk mati. Usaha sungguh-sungguh beribadah kat Allah. Khusyuk dalam solat, feel the special connection with Allah, amalan semua tip top. Zuhud pulak tu. ya Allah subhanallah! Agaknya apa imbalan yang Allah balas dekat orang macam ni?

    " dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, "inilah rezeki yang diberikan kepada kami dulu." mereka telah diberi buah-buahan yang serupa. dan disana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. mereka kekal di dalamnya" (2:25)


Yes, inilah yang selalu dalam kepala saya. mati tu macam final exam. Hidup kita ni adalah persediaan untuk mati. Dunia ni lah tempat untuk kita bersedia sebab nanti dekat akhirat tu adalah tempat untuk kita dibangkitkan semula untuk dihisab pulak. Sanggup ke nak diseksa dalam api neraka? Kalau exam, kita nak fail ke?? Kalau kat dunia ni, fail exam mungkin boleh reseat paper. Tapi kalau 'fail' dengan persediaan untuk mati tu, tak boleh ulang balik kan? Tak boleh kembali ke dunia. Peluang ni hanya ada selagi kita bernafas atas bumi ni. Jadi gunakanlah peluang yang ada ni sebaiknya sebab kita tak tahu bila ajal datang menjemput.

wallahualam

Comments

Popular Posts