jom jadi kaya!!! :D

Dulu, saya selalu berpendapat, saya tak mahu jadi orang kaya sebab orang kaya senang masuk neraka. haha sempitnye la pemikiran camni kan. Bila kaya kita mudah lupa. Duit yang dapat, mesti nak spend dekat benda-benda dunia, benda-benda material. Saya cuma nak termasuk dalam golongan yang mampu. Sederhana. Tak mahu jadi orang kaya. Takut. Takut lalai dgn dunia. Tapi, cuba bayangkan ada 100 orang Islam yang berfikiran macam saya? Bila umat Islam nak maju? Kalau ramai yang berfikiran macam saya, mesti ekonomi negara akan didominasi oleh orang bukan Islam kan? Kalau ramai orang Islam yang berfikiran macam saya, mesti umat Islam mundur, dipandang rendah, dipijak-pijak. Orang pon tak hormat. Sedangkan Islam tu menggalakkan umatnye untuk sentiasa maju dalam setiap aspek kehidupan. Sepatutnye kita orang Islam ni la yg kena gain respect dari orang bukan Islam. Baru lah orang bukan Islam ni kagum and tertarik dgn Islam. Bukan dari segi peribadi orang mukmin je, tp politik dan ekonomi yang mantap!

Sekarang, saya dah ubah pemikiran saya. Setelah banyak kali dengar Ustaz Pahrol selalu berceloteh dekat radio ikim pasal umat Islam yang dinamik dan produktif, lepas tu hari ni pulak terbaca status sorg kawan ni kan, saya sedar pemikiran saya salah selama ni. Mana ade la Elly!! memang la betul, orang miskin yang banyak jadi penghuni syurga. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, orang kaya yang beriman boleh buat semua amalan yang orang miskin yang beriman buat, manakala orang miskin yang beriman belum tentu dapat buat amalan yang orang kaya beriman buat contohnya macam sedekah, zakat, kerjakan haji, wakaf sume kan. Waahh isn't that such a cool motivation for someone so nooooob like me? hewhewhew. :P Rasa macam aah kan betul tuuhh.. Kalau tak mampu, tak kaya macam mana nak tolong orang Islam yang lain.. Macam mana nak infakkan sebahagian rezeki kan? Padahal dalam Quran pon Allah dah slalu ckp bayar zakat, sedekah and infak. Banyak kali sebut dalam Quran. Kalau tak ade duit, camana nak buat sume tuh. Sekarang Elly dah ubah fikiran! Saya nak jadi kaya, sebab saya nak jadikan umat Islam tu satu umat yang maju, secara tak langsung boleh mengangkat nama orang islam and yang paling penting, kalau kaya boleh buat amal ibadah banyak-banyak and berganda-ganda. Cuba bayangkan pulak ada 100 orang Islam yang berubah fikiran macam saya? baru 100 orang, belum semua umat Islam lagi. Kalau semua, masyaAllah! Maju orang Islam seluruh dunia! Semoga Allah kabulkan! amin amin aminn.

This is such a good motivation not only for myself but for everyone. The thoughts of being a pious rich man yang boleh tolong orang, buat amal banyak-banyak kumpul saham akhirat akan membuatkan kite semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat. It's like killing two birds with one stone! Islam is coolness! Let's upgrade!! wee~

Tapi tapi tapi, insyaAllah apa-apa yang Allah kurniakan tu, xkisah la kita ni orang miskin ke orang kaya ke, asalkan rezeki yang kita dapat tu halal and berkat pulak tuh. ya Allah alhamdulillah sangat-sangat dah kan.. Apa yang Allah bagi tuh memang akan sentiasa cukup untuk kita, tgal kita mcm mana nak uruskan je. Kaya ke miskin ke kita tetap boleh beribadah!! :D tu nikmat yang paling best kot???

pesanan untuk diri sendiri 10 tahun akan datang :

jadi salah satu tujuan tulis ni, supaya satu hari nanti bila elly dah kaya, elly tak lupa kenapa dia nak jadi kaya. kalau dia dah jadi kaya and lupa, duit membazir and tak menginfakkan rezeki dia, and dia baca balik post ni. elly!! lempang diri sendiri sekarang!!! elly sepuluh tahun yang lepas maraahhhh gileeeeeee ok!!

sekian, selamat hari raya maaf zahir batin!! :D

p/s :credit to Adibah Ali thank you for such a good reminder!

Comments

Popular Posts