Of my first born
Assalamualaikum
Hari ni genap 12 hari selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah. All praise to Allah with all the blessings, and for the most precious gift for both of us.
Tak boleh lupa pengalaman nak bersalin, sebab tak tahan sakit, minta doctor epidural. Nak sangat-sangat sebab rasa macam tak boleh tahan dah sakit ni. Anaest dah dekat sebelah dah ready nak bagi epi. Tapi last minute tak boleh ambil sebab tiba-tiba suhu badan naik 38 degree and bukaan dah 6cm. Apa jadi lepas tu? Tak usah la cerita what kind of a big chaos and dramas i made in the labour room 😂.
Tapi, nak dijadikan cerita. Kita merancang, Allah pun merancang. Men propose, God dispose. And of course, He is the best planner.
Teringat kisah Salahuddin Al-ayubi, bila diperintahkan untuk ke Mesir, Salahuddin sangat berat dan memaksa diri seolah-olah akan dibawa ke tempat pembunuhan. Tapi, siapa sangka, Allah takdirkan Salahuddin utk menguasai Mesir yang pada ketika itu diperintahi oleh sebuah kerajaan Syiah. Long story short, Salahuddin al-Ayubi berjaya menukar kerajaan Syiah di Mesir kepada ahli Sunnah Wal jamaah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)
Banyak la lagi cerita tentang kehebatan Salahuddin al-Ayubi ni, yang asalnya seorang yang biasa-biasa je. Ordinary to an extraordinary man, a hero!
Memperoleh inspirasi dari kisah Salahuddin al-Ayubi ni lah, kami suami isteri sepakat untuk menamakan anak kami sempena nama beliau.
Muhammad Salahuddin Wafiy bin Muhammad Aimerul
Muhammad: yang terpuji
Salahuddin: kebaikan agama
Wafiy: kesempurnaan, kesetiaan
Doakan anak ini jadi anak yang soleh, menghormati orang tua, penyabar, penyayang, dan yang paling penting, dapat menjadi saham akhirat kami. Amin ya rabbal alamin.

Comments
Post a Comment