jangan lupa

kadang kita rasa puas dengan usaha yang telah kita kerjakan
tapi akhirnya hasil tak seberapa
kecewa.

kadang kita menggigil kerana kita tahu usaha yang ala kadar
atau mungkin layak dikira tiada
tapi akhirnya hasil baik tak dijangka-jangka

agaknya kita lupa
usaha itu hanya alat
hasil yang diperolehi itu bukan atas usaha yang dikerjakan
tapi rezeki pemberian dari-Nya.

tidak kira apa
jangan sesekali kita rasa semuanya atas usaha kita
kerana tanpa al-Ghaniy Yang Maha Kaya
kita tiada apa

Allah yang bagi :)

Comments

Popular Posts